Latar belakang Penahanan warga bangsa Jepun di Amerika Syarikat

Sebelum Perang Dunia Kedua

Pembaharuan meluas dari segi sosiopolitik dilaksanakan Maharaja Meiji ke atas keseluruhan kepulauan Jepun serta pembukaan negara tersebut kepada perdagangan luar negara mendorong berbondang-bondong rakyat Jepun berhijrah dari kepulauan tersebut untuk mecari peluang pekerjaan baharu di negara-negara luar.[11] Banyak penghijrah yang bertumpu ke Kepulauan Hawaii di mana sebanyak 200 ribu orang tiba di tempat tersebut antara tahun-tahun 1869 dan 1924 untuk mengerjakan ladang tebu di sana manakala sebanyak 180,000 migran tiba di pesisiran barat tanah besar Amerika Syarikat untuk bercucuk tanam atau mewujudkan perniagaan di sana.[12]

Selepas serangan Pearl Harbor

Serangan pada Pearl Harbor pada 7 Disember 1941 menyebabkan pihak tentera dan pemimpin politik Amerika Syarikat menaruh syak bahawa Empayar Jepun bersiap sedia menjalankan satu serangan besar-besaran di Pantai Barat Amerika Syarikat, lagi-lagi dengan penaklukan besar-besaran dan pesat oleh Empayar tersebut antara tahun 1936 dan 1942.

Ramai rakyat Amerika pada awalnya percaya bahawa kesetiaan warga bangsa Jepun senegara mereka tidak perlu dipersoalkan lagi.[13] Walau bagaimanapun, perasaan sangsi semakin lama semakin membuak dalam kalangan rakyat. Hal ini cuba ditangkas pentadbiran pemerintah (termasuk Presiden Franklin D. Roosevelt dan Pengarah FBI J. Edgar Hoover) yang menganggap semua perkara ini sebagai khabar angin. Kesangssian terhadap kesetiaan masyarakat Jepun memuncak dengan berlakunya suatu peristiwa gempar berikutan serangan di dermaga tersebut di mana seorang awam warganegara Jepun dan dua orang Hawaii keturunan Jepun membebaskan seorang penerbang tentera Jepun yang ditembak jatuh di pulau Ni'ihau sambil menyerang beberapa warga pulau itu.[14]

Rujukan

WikiPedia: Penahanan warga bangsa Jepun di Amerika Syarikat http://caselaw.lp.findlaw.com/scripts/getcase.pl?n... http://books.google.com/books?id=GCFT3SXwsWQC&prin... http://books.google.com/books?id=ORE5wfUNdccC&pg=P... http://articles.latimes.com/1998/feb/28/local/me-2... http://www.nddcreative.com/sfjhw/sfjhw_pdf/sfjhw_s... http://www.fdrlibrary.marist.edu/_resources/images... http://amhistory.si.edu/perfectunion/non-flash/rem... http://www.archives.gov/genealogy/immigration/enem... http://www.colorado.gov/dpa/doit/archives/wwcod/gr... http://www.nps.gov/